PERBEZAAN ANTARA MENTAL ILLNESS DAN DEPRESI PENJELASAN DAN CARA MENGATASI



Sejak berlakunya corona virus melanda dunia, manusia banyak mengalami masalah dari segi ekonomi, kesihatan mental dan fizikal. Dari bermula nya pada tahun 2020, Lock Down mengakibatkan banyak kes-kes jenayah berleluasa akibat kesempitan hidup hilang punca pendapatan dan sebagainya. Yang lebih memeritkan adalah bagi perantau-perantau yang berjauhan dengan keluarga tidak dapat menziarahi keluarga. Bagi yang biasa melepaskan stress dengan aktiviti riadah di luar juga mengalami masalah yang sama. Disini saya membuat kajian serba sedikit tentang perbezaan antara "INSANE" GILA dengan KEMURUNGAN "DEPRESSION" ,OCD "OBBESIVE CONFELSIVE DISORDER" GANGGUAN OBESIF COMPELSIF, "ANXIETY" KEBIMBANGAN.

secara teknikal nya kemurungan adalah penyakit mental dan boleh menjadi sangat sengit malah mengancam nyawa orang yang tertekan hingga berasa ingin membunuh diri kerana merasakan telah kehabisan daya untuk bertahan melawan masalah kehidupan. Walau bagaimanapun, ia tidak lah seteruk seperti penyakit mental yang lain. Tindakkan untuk pengambilan langkah pengubatan segera hendaklah di ambil kerana secara cepat atau lambat jika tidak mendapat rawatan akan bertukar ke peringkat yang kronik juga. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadi yang lebih kronik seperti skizofrenia, gangguan bipolar dan penyakit lain yang ditandai dengan halusinasi visual dan pendengaran. Penyakit inilah paling di takuti kerana ia benar-benar menghalang seseorang daripada berfungsi dalam masyarakat kerana mereka telah terputus hubungan dengan realiti. Secara umumnya, ini tidak berlaku dengan bermula dengan kemurungan.

Kemurungan ini boleh berpunca dari pelbagai sebab, seperti kehilangan orang yang disayangi, hilang kerja, hilang kawan, hilang kuasa dan pelbagai lagi. Pendek kata seseorang itu hilang sesuatu yang amat berharga bagi dirinya dan tidak dapat menerima kenyataan kehilangan itu. Persoalan dan sebab akibat tidak dapat mengambil apa-apa tindakkan mengakibatkan tekanan ke atas pesakit terbabit. Tekanan lah punca kepada kemurungan sehingga ke peringkat yang seterusnya. 

Namun disini saya menekankan sebagai seorang manusia, tidak akan ada yang dapat lari dari dugaan kehidupan, sama ada dugaan itu menghapus kan kesalahan atau mengangkat darjat kesabaran seseorang itu. Kebanyakkan manusia menganggap ianya mengada-ada tapi itulah tahap ketahanan seseorang. Di dalam situasi tekanan tersebut, seseorang itu akan meracau bercakap yang bukan-bukan yang sebenarnya bukan berasal dari hati seseorang itu. Inilah yang kita cakap, cakap tak seperti hati. Kalau dalam Islam, Dosa tak dikira selagi tak buat orang cakap kan? 

Saya menyarankan jika seseorang yang mengalami penyakit ini segeralah dulu berehat, bertenang, dan yang paling penting tidur untuk mengelak kan halusinasi dan mengikut perasaan di dalam berkata dan bertindak. Tanda-tanda untuk penyakit ini semakin kronik apabila seseorang itu berniat untuk membunuh orang (HITAM) atau membunuh diri (PUTIH) bagi yang lemah. Maksud hitam putih disini adalah benci dendam dan amarah, manakala putih adalah kecewa, putus asa. Membunuh diri juga ada di dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Seperti mengambil ubatan larangan berlebihan kerana untuk melegakan kekecewaaan. 

Perasaan kecewa dan sakit itu juga amat bahaya jika tidak mengambil apa-apa ubatan kerana ia boleh memecah ateri-ateri jantung kerana tertekan dan otak sehingga mengakibatkan strok akibat darah tidak stabil. Menganggu hormon dan sebagainya sehingga manusia mendapat penyakit seperti tyroid. Rujukkan sumber dibawah boleh untuk mengetahui secara lanjut. Dan ditegaskan disini, penyakit seperti sawan dan tyroid tidak berjangkit walau melakukan hubungan batin sekalipun. Tetapi melalui luka dalam seperti darah bertukar lebih kurang seperti itu. 

Ok, balik kepada kisah kemurungan ni, penyakit ini memanglah tidak nampak, tidak berdarah seperti luka-luka namun ianya boleh mendatangkan keburukkan yang teruk. Diantara nya adalah fitnah yang boleh mempengaruhi emosi orang lain. Emosi negatif inilah yang sangat menakutkan. Ia akan lebih teruk bila ia mula menganggu orang lain. 

Bagaimana untuk mengatasi sebelum berlakunya tekanan dan kemurungan? 

1) Bersikap positif dalam tindakkan dan pemikiran dan jauhi lah sikap was-was. Bagi yang Islam, doa yang terbaik An-nas. Dari sini menimbulkan perkara yang karut marut ilmu hitam lah dan pelbagai yang buruk padahal ianya hanya bermula dari Qalbu manusia itu sendiri sehingga menimbulkan ianya jadi kenyataan. So bagi yang khurafat, syirik baik pergi check anda mungkin gila. 

2)Tidak mencemburui kelebihan dan keberhasilan orang lain. Manusia di anugerahkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada yang dapat rezeki keluarga dan ada yang dapat rezeki kekayaan, rezeki pasangan dan lain-lain. 

3) Hadapi kenyataan kehidupan dan mematuhi undang-undang dunia atau pun hukum hakam Agama masing-masing. Setiap agama itu mengajar kebaikkan. 


Cara mengatasi bagi yang telah sakit. 

1) berjumpa dengan doktor pakar sikologi dan lakukan ujian DASS. Jangan takut. penyakit kemurungan ini memang memerlukan ubat untuk mengawal cairan atau sesuatu di dalam otak yang melebihkan ke arah pemikiran yang negatif dan berfikir sesuatu yang bukan-bukan. Dan pada satu peringkat sekiranya jisim hati badan kita dah kuat, pengambilan itu kan di hentikan mengikut saranan doktor pakar. Rehabilasi juga penting untuk membantu cara pengawalan emosi yang baik. semakin meningkat dewasa kita semakin tertekan kerana kehilangan. Itulah lumrah kehidupan. 

2) Berkawan dan mencari kawan yang sesuai dengan citarasa hati namun hati-hati. Pilihlah kawan yang membawa kepada kebaikkan. 

3)Bagi yang mempunyai agama dan kepercayaan. Yakin dan terus berdoa untuk kesembuhan. 

Disini saya menekan, kemurungan, tekanan adalah yang penting bagi yang berada dekat dengan mereka yang menyayangi mereka untuk mengambil berat. Jauhi orang yang tersayang dalam apa jua tekanan. eratkan persaudaraan dan kasih sayang demi kesejahteraan masing-masing. Wasalam.

SUMBER RUJUKKAN : Allan Schwartz, LCSW, Ph.D.

https://www.mentalhelp.net/advice/what-is-the-difference-between-mental-illness-and-depression/

Tiroid https://www.doctoroncall.com.my/penyakit-tiroid-thyroid 

Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University


https://www.quora.com/Is-thyroid-disease-contagious-Can-the-sexual-relations-between-a-husband-and-wife-cause-the-other-to-transmit-a-thyroid-disease

Comments

Popular posts from this blog

EMOSI

HURAIAN TENTANG ERTI DAN CARA MENANGANI RASA KECEWA